Kempen derma darah di Masjid Darussalam Kampung Baru

Facebook
WhatsApp
POSTER Kempen Derma Darah di Masjid Darussalam Kampung Baru.

BINTULU: Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen derma darah yang akan diadakan di Masjid Darussalam, Kampung Baru di sini, esok (22 Ogos).

Menurut satu kenyataan, kempen yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dianjurkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Bintulu dengan kerjasama Tabung Darah Bintulu serta Masjid Darussalam Kampung Baru Bintulu.

Program itu diadakan bagi membantu menambah bekalan darah untuk memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan.

Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan penderma yang memenuhi syarat untuk menyumbang darah dalam kempen berkenaan.

Sebagai penghargaan, 10 penderma terawal akan menerima beras seberat dua kilogram setiap seorang.