JUARA dunia, Perancis mengalahkan Jerman dalam pertembungan ‘blockbuster’ Euro 2020 semalam di Allianz Arena di Munich.
Gol sendiri minit ke-20 Mats Hummels terbukti cukup untuk juara Piala Dunia 2018, Perancis mengalahkan pemenang Piala Dunia 2014 Jerman dalam Kumpulan F.
Perancis berhak mendapat kemenangan, dengan kedua Kylian Mbappe dan Karim Benzema menyaksikan gol mereka dalam babak kedua dibatalkan kerana panggilan ofside yang ketat sementara percubaan Adrien Rabiot turut terkena tiang untuk Les Bleus.
“Saya tahu pemain saya akan bersedia dan mereka bersedia untuk bertarung,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps kepada penyiar M6.
“Ini perlawanan pertama kami, tetapi perlwanan ini boleh menjadi perlawanan separeuh akhir dan untuk mengutip tiga mata ini dalam kumpulan seperti ini sangat penting.”
Kemenangan itu dirasai oleh sekumpulan kecil peminat Perancis di kalangan penonton di Allianz Arena, yang hanya terhad kepada 20 peratus kapasiti kerana sekatan Covid-19.
Kekalahan Jerman menimbulkan tekanan ke atas mereka dalam apa yang menjadi kejuaraan terakhir buat jurulatih Joachim Loew sebelum dia mengundurkan diri.
“Perancis telah menunjukkan bahawa mereka merupakan salah sebuah pasukan pilihan dan sekarang kami harus membuktikannya juga dalam perlawanan berikutnya,” kata pemain Jerman, Joshua Kimmich.
Perlawanan Jerman seterusnya adalah menentang Portugal, pemenang Euro 2016 yang bermula dengan sempurna dalam Kumpulan F ketika Ronaldo menjaringkan gol ke-10 dan ke-11 beliau dalam Kejuaraan Eropah, melepasi catatan sembilan gol sebelumnyayang dipegang oleh legenda Perancis, Michel Platini. – AFP