Serian kekal paling terjejas akibat jerebu, IPU 180

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 4.00 petang ini, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi, iaitu 180.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, IPD Serian merekodkan bacaan 180, diikuti Kuching (169), Samarahan (168), Sri Aman (161), Sarikei (159), Bintulu (152), Mukah (146), Tebedu (142) dan Sibu (122).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Lundu merekodkan bacaan 100, diikuti Samalaju (96), Miri (92), ILP Miri (91), Lubok Antu (88), Kapit (67), Lawas (62), Limbang (58) dan Bario (56), yang kesemuanya berada pada tahap sederhana.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi, dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

12 penerima terima bantuan peralatan RM60,000

KOTA SAMARAHAN: Seramai 12 penerima di Bahagian Samarahan menerima bantuan peralatan bernilai keseluruhan RM60,000 menerusi Program Sejahtera MADANI: Peningkatan Pendapatan