Jerebu: Penutupan sekolah di Serian dilanjutkan hingga esok

Facebook
WhatsApp
SEKOLAH di Serian ditutup hingga esok. Foto Alnie Alfred

KUCHING: Penutupan sementara sekolah-sekolah yang terjejas akibat fenomena jerebu di daerah Serian dilanjutkan sehingga esok (14 Ogos).

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) berkata, keputusan itu dibuat susulan Sesi Libat Urus (SLU) bersama pengetua dan guru besar sekolah menengah serta rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian.

Menurutnya, langkah berkenaan diambil bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid terus terpelihara, selain tidak membebankan pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan murid, khususnya yang melibatkan sekolah berasrama.

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut JPNS dalam kenyataan hari ini.

JPNS turut mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal bertarikh 15 Januari 2019.

Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPNS juga dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan merujuk Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023 berkaitan pelaksanaan aktiviti luar semasa cuaca panas serta sentiasa peka terhadap perkembangan semasa kualiti udara bertarikh 6 Jun 2023.

Institusi pendidikan diminta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melalui Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) bagi kawasan atau daerah masing-masing.

JPNS turut mengingatkan warga pendidikan supaya mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa bagi memastikan kesihatan murid dan warga institusi pendidikan terus terpelihara.

Sarawak intai pasaran bio-produk AS$4.3 trilion

KOTA SAMARAHAN: Sarawak menyasarkan untuk merebut sebahagian daripada pasaran bio-produk global yang dianggarkan bernilai AS$4.3 trilion, dengan Taman Bioindustri Sarawak