KUCHING: Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak terus memperkukuh kecekapan pengurusan dan operasi menerusi Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2026, hari ini.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Jurutera Kanan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri Sarawak, Wong Teck Chang.
Mesyuarat itu menjadi platform bagi membincangkan, menyelaras dan memperkemas pelbagai perkara berkaitan pengurusan serta operasi Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Sarawak.
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk pengurusan pejabat, aset, teknologi maklumat, keselamatan organisasi serta kebajikan warga kerja.
Perbincangan turut menekankan keperluan penyelarasan berkesan bagi memastikan setiap dasar, arahan dan perancangan jabatan dilaksanakan secara sistematik serta mematuhi ketetapan ditetapkan.
Mesyuarat berkenaan turut menjadi medan memperkukuh koordinasi antara bahagian dan cawangan selain meningkatkan kecekapan pengurusan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Usaha itu selaras dengan komitmen JPJ Sarawak untuk memperkasakan tadbir urus serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui pengurusan yang cekap, telus dan berintegriti.
Bahagian Kejuruteraan Automotif terus memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran fungsi serta penyampaian perkhidmatan JPJ Sarawak demi kepentingan rakyat.
Turut hadir Penolong Jurutera Negeri Sarawak serta Penolong Jurutera dari Cawangan JPJ Miri dan Sibu.





