Kebakaran di barat Perancis ragut tiga nyawa di rumah sewa percutian, bangsal pertanian

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN yang merebak seluas kira-kira 20 hektar di Lhoumois, Deux-Sèvres, barat Perancis, meragut tiga nyawa selepas api merebak ke sebuah rumah sewa percutian dan bangsal pertanian. Foto AGENSI

ISTANBUL: Kebakaran meragut tiga nyawa di sebuah rumah sewa percutian dan bangsal pertanian di jabatan Deux-Sevres, barat Perancis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar BFMTV hari ini.

Gendarmerie memaklumkan kepada penyiar itu bahawa tiga orang maut dalam kebakaran pada Selasa di sebuah rumah sewa percutian dan bangsal pertanian di kawasan perbandaran Lhoumois.

Kebakaran merebak meliputi kira-kira 20 hektar sebelum sampai ke bangunan di Lhoumois.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran bermula berhampiran jalan tempatan yang menghubungkan kampung itu dengan sebuah kampung bersebelahan dan merebak dengan pantas melalui kawasan belukar, padang rumput, bangsal jerami serta sebuah rumah sewa percutian.

Pasukan kecemasan menemukan mayat dua mangsa di dalam rumah sewa berkenaan. Mangsa ketiga dilaporkan ditemukan tidak lama kemudian.

Kejadian itu sedang disiasat.- Bernama-Anadolu