APM Marudi musnahkan sarang lebah madu di Dataran Marudi

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Marudi berjaya memusnahkan sarang serangga jenis lebah madu di atas pokok berhampiran Daatran Marudi. Foto APM Marudi

MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi menerima panggilan daripada orang awam pada 7.21 malam semalam berhubung penemuan sarang lebah madu di atas sebatang pokok berhampiran Dataran Marudi.

Susulan panggilan itu, empat anggota APM dikerahkan ke lokasi oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri. Pasukan berkenaan diketuai Pbt. (PA) Beatrice Kalang.

Setibanya di lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi, anggota Skuad Charlie dimaklumkan mengenai kedudukan sarang berkenaan oleh pengadu, Mohd Zairulasri Johari.

Anggota APM kemudian bertindak memusnahkan sarang lebah madu berukuran kira-kira 2×2 kaki menggunakan semburan racun serangga secara selamat.

Pasukan berkenaan selesai menjalankan operasi dan kembali ke PKOD pada 8.21 malam.

Oleh Jiku Juguong