SARIKEI: Seramai 163 penjawat awam Sarawak daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Bahagian Sarikei menerima Pingat Perkhidmatan Setia dalam majlis yang berlangsung di Pusat Pentadbiran kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.
Pingat tersebut disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai penghargaan terhadap jasa, komitmen dan kesetiaan penerima sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam sektor awam di Sarawak.
Majlis tersebut menghimpunkan penerima daripada 17 jabatan dan agensi kerajaan di Bahagian Sarikei.
Jabatan Pendidikan Negeri mencatatkan bilangan penerima tertinggi iaitu seramai 28 orang, diikuti Jabatan Kesihatan Negeri (24 orang), Jabatan Tanah dan Survei (18 orang), Majlis Daerah Sarikei (15 orang) dan Pejabat Residen Bahagian Sarikei (14 orang).
Turut menerima pingat, Jabatan Hutan (13 orang), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (12 orang), Jabatan Pertanian (10 orang), Jabatan Kastam Diraja (tujuh orang) dan Jabatan Penerangan Negeri (enam orang).
Selain itu, Jabatan Kerja Raya menerima empat penerima, Lembaga Sungai-Sungai (tiga), manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar , Jabatan Kehakiman Syariah , Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara masing-masing menerima dua penerima.
Jabatan Agama Islam pula mempunyai seorang penerima Pingat Perkhidmatan Setia.
Majlis tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam yang telah memberikan khidmat cemerlang serta menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat.
Oleh Earl Anek





