Bomba padam kebakaran tong sampah dalam tempoh kurang 30 minit

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sampah di dalam tong sampah, hari ini. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran melibatkan sebuah tong sampah di Jalan Pisang Emas, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 pagi.

“Enam anggota bomba digerakkan ke lokasi selepas memerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 11.23 pagi, didapati berlaku kebakaran sampah di dalam tong sampah berukuran tiga meter persegi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, komander operasi segera melakukan penilaian awal bagi mengenal pasti tahap kebakaran sebelum mengarahkan operasi pemadaman dilaksanakan.

“Komander operasi membuat penilaian awal seterusnya mengarahkan anggota bomba menggunakan satu hos gelendong untuk memadamkan kebakaran.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 11.43 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian benar-benar selamat dan tiada lagi punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” katanya.

Oleh Earl Anek