SEMANGAT JUANG DIKAGUMI

Facebook
WhatsApp
LATIHAN …Pemain Sarawak United sedang menjalani latihan sebelum berehat panjang di mana Liga Premier akan bersambung semula Jun nanti.

PENOLONG pengurus Sarawak United FC (SUFC), Abang Suhordie Abang Zaini kagum dengan semangat juang anak-anaknya apabila berjaya menjaringkan dua gol kemenangan pada babak kedua untuk mengecewakan Kelantan United FC pada perlawanan Liga Premier 2021 dengan keputusan 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kebangkitan itu membuktikan anak buahnya memiliki motivasi tinggi dan tidak mudah menyerah kalah walaupun pada satu ketika ketinggalan 2-1.

“Saya puji komitmen semua pemain. Inilah pemain yang saya ada kerana mereka memberikan 100 peratus terhadap pasukan dan berjaya untuk memastikan SUFC tidak tewas.

“Pada masa sama, saya katakan kepada pemain misi pasukan untuk menamatkan pusingan pertama dengan merampas takhta Liga Premier dan mereka bangkit dengan prestasi terbaik.

“Saya gembira dengan semangat pemain yang berjaya mempamerkan kebangkitan pada babak kedua yang jelas berbeza daripada segi permainan ketika ketinggalan 2-1 pada separuh masa kedua,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Oleh ADI SAFARMAN

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak