KOTA SAMARAHAN: Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya bersedia menghadapi lencongan trafik sementara serta peningkatan aliran kenderaan di sekitar Kota Samarahan pada Ahad, 2 Ogos, sempena penganjuran Larian Santai Kota Samarahan.
Polis Trafik Samarahan memaklumkan acara itu akan berlangsung dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, dengan lokasi pelepasan dan penamat di tapak Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).
Larian itu menawarkan dua kategori, iaitu 5 kilometer (km) dan 8km.
Bagi kategori 5km pula, peserta akan memulakan larian di tapak MPKS dan melalui Jalan Kampung Tanjung Bundong, Jalan Datuk Mohd Musa, Bulatan Residen serta Bulatan RISDA sebelum berpatah balik ke garisan penamat di tapak MPKS.

Peserta kemudian akan meneruskan larian sehingga ke penanda 2km sebelum berpatah balik mengikut laluan yang sama menuju ke garisan penamat di tapak MPKS.
Bagi kategori 8km, peserta akan memulakan larian di tapak MPKS sebelum melalui Jalan Kampung Tanjung Bundong, Jalan Residen, Bulatan Residen, Jalan Datuk Mohd Musa dan Bulatan RISDA.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di laluan yang terlibat. Orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota polis trafik dan bersabar ketika melalui kawasan berkenaan bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan semua peserta.
Oleh Connie Chieng




