WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan penggunaan ubat antivirus eksperimen untuk merawat Covid-19, di bawah kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA).
FDA berkata remdesivir tidak menjalani ujian klinikal yang sama dengan produk yang diluluskan atau dikeluarkan badan itu, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.
Remdesivir, ubat antivirus untuk merawat pesakit tertentu yang dijangkiti Covid-19, kata FDA sambil menambah kajian mengenai ubat itu masih berjalan.
“Terdapat maklumat terhad yang diketahui mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaan remdesivir untuk merawat pesakit Covid-19,” kata FDA.
Dalam beberapa ujian klinikal menunjukkan remdesivir boleh memendekkan tempoh pemulihan terhadap beberapa orang.
Tiada ubat yang diluluskan FDA sebagai selamat dan berkesan untuk merawat pesakit Covid-19. Justeru, FDA membenarkan penggunaan Remdesivir untuk rawatan Covid-19 di bawah EUA.
Terdapat kesan sampingan penggunaan remdesivir, termasuk kepada fungsi hati.
“Remdesivir masih dikaji kemungkinan untuk semua risiko masih tidak diketahui pada masa ini,” kata FDA.
Remdesivir, dihasilkan syarikat biofarmaseutikal Amerika, Gilead Sciences.
Ubat itu belum dilesenkan atau diluluskan untuk penggunaannya di seluruh dunia, sementara beberapa kajian tahap tiga masih dijalankan bagi menentukan keselamatan dan keberkesanannya sebagai penawar kepada penyakit Covid-19.- Bernama