Abang Jo terima kunjungan Pengerusi UCTS baharu

Facebook
WhatsApp
KUNJUNGAN … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bergambar kenangan bersama Pengerusi Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) yang baharu, Dr. Annuar Rapae’e ketika mengunjungi Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, semalam.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) yang baharu, Dr. Annuar Rapaee di pejabat beliau Wisma Bapa Malaysia Kuching, semalam.

Dr. Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dilantik oleh Kerajaan Sarawak untuk menggalas tanggungjawab tersebut pada Disember lalu.

Pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai perancangan dan permasalahan melibatkan pendidikan dan perkhidmatan UCTS yang perlu diambil maklum oleh Ketua Menteri.

Turut hadir Naib Canselor UCTS Prof Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid.

Iklan haram dicabut, tapi siapa pasang?

SABAN masa kita dihidangkan dengan berita bergambar mengenai langkah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama majlis perbandaran dan dewan bandaraya menurunkan