Polis tahan lelaki disyaki keldai akaun penipuan dalam talian di Lawas

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
LELAKI berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun.

LAWAS: Sepasukan polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki menjadi keldai akaun bagi satu kes penipuan melalui platform e-dagang.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan melalui satu kenyataan hari ini memberitahu tangkapan dilakukan pada 14 Julai 2026 pada 7.24 malam.

“Kes dilaporkan pada 14 Julai 2026 di Miri dimana mangsa seorang wanita berusia 19 tahun mengalami kerugian RM1,130 dalam urusan pembelian sebuah telefon bimbit melalui iklan dalam media sosial.

Mangsa diminta membayar deposit dan lain-lain sehingga menyedari ditipu apabila bayaran bertambah tetapi telefon masih belum diperolehi. Mangsa membuat bayaran ke akaun atas nama suspek. Kes disiasat mengikut seksyen 420 KK,” katanya.

Sementara itu pada hari yang sama pada 1.52 petang bertempat di tepi belakang kedai di bandar Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia 51 tahun, kerja nelayan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menjumpai satu keratan tiub straw mengandungi hablur kristal jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.40 gram.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp. Semakan kesalahan lampau mendapati tidak mempunyai kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) 1952.

Terdahulu pada hari yang sama 12.30 petang, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, kerja buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dada

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 1 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) 1952.

Pada 16 Julai 2026 10.30 pagi, bertempat di tepi jalan di Pulau Salam di bandar Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan warga emas berusia 62 tahun, kerja buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 1 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) 1952.

Manakala pada 18 Julai 2026 10.00 pagi, bertempat di tepi jalan di hadapan rumah di Jalan Punang Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun, kerja buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 1 kesalahan lampau berkaitan dadah dan 1 kes waran tangkap berkaitan kes dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) 1952 dan kes waran tangkap mahkamah

Pada 20 Julai 2026 2.50 petang, bertempat di tepi jalan Trusan Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun, kerja buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 1 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) 1952.

Sementara itu pada 22 Julai 2026 2.40 petang, bertempat di sebuah pondok di tepi Punang Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun, kerja buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menjumpai satu bekas plastik dan didalamnya mengandungi 10 keratan tiub straw mengandungi hablur kristal jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 2.20 gram. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) 1952.

Oleh Adeng Edrus