Sifat takabur racun hati yang membinasakan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIFAT takabur atau sombong merupakan antara penyakit hati yang paling berbahaya dalam Islam. Sifat ini bukan sahaja mencemarkan keperibadian seseorang, malah mampu memusnahkan amalan kebaikan yang dibina sekian lama.

Malangnya, sifat ini sering hadir tanpa disedari, sama ada melalui percakapan, tingkah laku, mahupun ketika seseorang berdoa dan beribadah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengenal pasti serta menjauhi sifat ini sejak awal lagi.

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din menjelaskan bahawa takabur terbahagi kepada dua, iaitu zahir (terserlah melalui perbuatan) dan batin (tersembunyi dalam hati). Sifat ini menyebabkan seseorang enggan menerima kebenaran serta memandang rendah orang lain, iaitu dua sifat yang amat dibenci oleh Allah SWT.

Allah SWT turut mengecam sifat takabur menerusi firman-Nya dalam Surah Luqman, ayat 18: “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

CERIA… Pasangan suami isteri Zapni Abd Wahab, dan Nur Syuhada Wahab, 40, selepas kesemua anak mereka menerima sijil pendaftaran kelahiran pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Johal semalam. Foto BERNAMA 

Ayat ini menegaskan bahawa sifat takabur bertentangan dengan akhlak seorang muslim. Ia bukan sahaja merosakkan hubungan sesama manusia, malah menjejaskan hubungan dengan Allah SWT.

Orang yang bersifat takabur juga tidak akan memperoleh petunjuk Allah SWT kerana hati mereka tertutup daripada menerima kebenaran, walaupun ilmu dan nasihat telah disampaikan berulang kali.

Sifat takabur menghakis keikhlasan, menyebabkan seseorang menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain, sedangkan semua itu bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Rasulullah SAW turut memberi amaran keras tentang bahaya sifat ini.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Baginda SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah sifat takabur.” (Riwayat Muslim)

Iblis Simbol Takabur yang Pertama

Peristiwa pertama yang memperlihatkan sifat takabur ialah apabila Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS kerana merasakan dirinya lebih mulia. Allah SWT merakamkan kata-kata Iblis: “Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah.” (Surah al-A’raf, ayat 12)

Inilah punca kesombongan Iblis, iaitu merasakan dirinya lebih tinggi daripada makhluk lain. Akibat sifat tersebut, Iblis dilaknat dan diusir daripada syurga selama-lamanya. Kisah ini menjadi pengajaran kepada manusia agar tidak mengikut jejak langkah Iblis dengan menolak perintah Allah SWT serta memandang rendah orang lain.

Cara Menjauhi dan Mengubati Sifat Takabur

Menjauhi dan mengubati sifat takabur memerlukan keikhlasan, istiqamah serta muhasabah diri yang berterusan. Ia bukan sekadar meninggalkan satu sifat buruk, sebaliknya merupakan proses penyucian hati dan memahami hakikat diri sebagai hamba Allah SWT.

Antara langkah utama ialah menyedari bahawa segala nikmat, kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki, sama ada ilmu, rupa paras, harta, keturunan mahupun pangkat, semuanya merupakan kurniaan Allah SWT.

Apabila seseorang benar-benar meyakini bahawa segala kelebihan itu hanyalah pinjaman daripada Allah SWT, akan lahirlah rasa kehambaan dan sifat merendah diri.

Seorang Muslim akan melihat dirinya bukan sebagai pemilik mutlak segala nikmat tersebut, sebaliknya sebagai pemegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Inilah asas kepada sifat tawaduk yang menjadi penawar kepada takabur.

Selain itu, menghayati sirah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara terbaik untuk melembutkan hati. Walaupun Baginda SAW ialah manusia paling mulia, ketua negara dan kekasih Allah SWT, Baginda tetap hidup sederhana serta tidak pernah meninggikan diri.

Dengan meneladani akhlak Rasulullah SAW, umat Islam dididik untuk membuang sifat bangga diri dan menggantikannya dengan sifat tawaduk, kasih sayang serta hormat terhadap sesama manusia.


Menemui Uwais al-Qarni

ISLAM mula tersebar ke Yaman pada zaman Rasulullah SAW. Ketika Baginda masih hidup, Muaz bin Jabal dan Saidina Ali bin Abi Talib pernah diutus ke Yaman sebagai qadi dan gabenor bagi menyampaikan dakwah Islam.

Uwais bin Amir al-Qarni memeluk Islam ketika dakwah Islam mula berkembang di Yaman. Ini bermakna beliau memeluk Islam semasa hayat Rasulullah SAW, namun tidak pernah berpeluang bertemu Baginda.

Walaupun amat menginginkan pertemuan tersebut, Uwais terpaksa mengorbankan hasratnya kerana perlu menjaga ibunya yang uzur.

Usair bin Jabir meriwayatkan bahawa setiap kali rombongan dari Yaman datang menemui Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau akan bertanya: “Adakah Uwais bin Amir bersama rombongan kamu?”

Sehinggalah pada suatu hari, Khalifah Umar bertemu sendiri dengan Uwais lalu bertanya: “Adakah kamu Uwais bin Amir?”

Uwais menjawab: “Ya.”

Khalifah Umar bertanya lagi: “Kamu berasal daripada Murad, kemudian daripada Qaran?”

Uwais menjawab: “Ya.”

Beliau kemudian bertanya: “Adakah kamu pernah menghidap penyakit kusta, kemudian sembuh kecuali tinggal kesan sebesar mata wang dirham?”

Uwais menjawab: “Ya.”

Khalifah Umar bertanya lagi: “Adakah ibumu masih hidup?”

Uwais menjawab: “Ya, ibuku masih hidup.”

Lalu Khalifah Umar berkata: “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan dari Yaman. Dia berasal daripada Murad, kemudian daripada Qaran. Dia pernah menghidap penyakit kusta dan sembuh kecuali tinggal kesan sebesar mata wang dirham. Ibunya masih hidup dan dia sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah SWT, nescaya Allah akan memperkenankannya. Maka jika kamu berpeluang bertemu dengannya, mintalah dia memohon keampunan untuk kamu.”

Lalu Khalifah Umar berkata kepada Uwais: “Mohonkanlah keampunan untukku.” Maka Uwais pun mendoakan keampunan buat Khalifah Umar.

Selepas itu, Khalifah Umar bertanya: “Ke manakah kamu hendak pergi?”

Uwais menjawab: “Aku hendak ke Kufah, wahai Amirul Mukminin.”

Khalifah Umar berkata: “Mahukah aku menulis surat kepada pegawai di Kufah bagi membantumu?”

Namun Uwais menjawab: “Aku lebih senang hidup bersama orang ramai, wahai Amirul Mukminin.” (Riwayat Muslim)

Hanzalah Azman

Aku yang masih

TIDAK semua perjalanan hidup berakhir seperti yang kita impikan. Ada yang bermula dengan penuh semangat tetapi berakhir dengan perpisahan. Ada

Tubuh sihat, akal cerdas

ISLAM merupakan agama yang amat menitikberatkan keseimbangan antara perkembangan rohani, jasmani dan akal. Tubuh badan yang sihat bukan sahaja membantu