KPD Kuching terima kunjungan hormat JSJN Bukit Aman

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu menerima kunjungan hormat daripada Ketua Penolong Pengarah (Pelucutan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, SAC Mazleen Mohd Nasir di pejabatnya, semalam.

Kunjungan tersebut diadakan bersempena lawatan kerja rasmi JSJN Bukit Aman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sempena pelaksanaan Pemeriksaan Naziran di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kuching.

Mazleen turut diiringi Penolong Pengarah Perundangan/Naziran JSJN Bukit Aman, ACP Chandra Segaran Subramaniam.

Pertemuan itu menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan kerja serta kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan IPD Kuching dalam memperkasakan aspek pentadbiran serta pematuhan prosedur di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Merbin Lisa, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching ASP Mohamad Radzali Mohamad Ramli serta Pegawai Tadbir Naziran/Perundangan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak ASP Siti Atiqah Othman.