Bangga jadi anak Sarawak, kemajuan negeri semakin dirasai rakyat

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sambutan Hari Sarawak bukan sekadar memperingati detik bersejarah negeri ini, malah menjadi ruang untuk rakyat menilai perubahan dan kemajuan yang dicapai Sarawak dalam pelbagai bidang.

Ketua Balai Dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, 55, beliau dapat menyaksikan sendiri perubahan besar dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan infrastruktur di negeri ini.

Katanya, pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  telah membawa perubahan besar kepada negeri ini dan manfaatnya semakin dirasai rakyat.

“Antara yang membanggakan ialah inisiatif pendidikan universiti percuma, pembangunan lebih banyak jambatan, Lebuh Raya Pan Borneo, AirBorneo serta kemajuan pelabuhan di Bintulu dan Kuala Baram.

“Semua perkembangan ini menunjukkan Sarawak terus bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan Premier Sarawak bersama barisan kepimpinan negeri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

“Saya bangga menjadi anak Sarawak dan berharap negeri ini terus maju, makmur serta pembangunan dapat dinikmati seluruh rakyat,” katanya kepada Utusan Sarawak sempena sambutan Hari Sarawak hari ini.

Henry turut berharap semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya terus dipertahankan kerana keharmonian merupakan antara kekuatan utama Sarawak dalam mengejar kemajuan.

Oleh Liong Chai Ling