Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata program yang dikendalikan oleh empat anggota bomba itu merangkumi pelbagai pengisian berbentuk teori dan praktikal bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai langkah pencegahan serta tindakan awal ketika berdepan kecemasan.
JULAU: Seramai 115 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entabai menyertai Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan serta kesiapsiagaan dalam menghadapi insiden kebakaran.
“Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman kebakaran di dapur, demonstrasi penggunaan alat pemadam api serta aktiviti Celik Suri.

Beliau berkata pendidikan awal mengenai keselamatan kebakaran amat penting bagi membentuk budaya peka terhadap aspek keselamatan dalam kalangan warga sekolah.
“Demonstrasi yang dijalankan memberi peluang kepada peserta menyaksikan sendiri kaedah yang betul untuk memadam kebakaran kecil, khususnya kebakaran di dapur yang sering berlaku di kediaman.

“Pendekatan pembelajaran secara praktikal mampu meningkatkan keyakinan peserta untuk bertindak dengan lebih tenang dan teratur sekiranya berdepan situasi sebenar,” katanya.
“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan pencegahan kebakaran, di samping memberikan pendedahan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berharap ilmu yang diperoleh menerusi program tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian, selain dikongsikan bersama ahli keluarga dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kebakaran.
Tambah beliau, pihaknya akan terus memperluaskan pelaksanaan program kesedaran di sekolah dan komuniti bagi memupuk budaya pencegahan kebakaran serta mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat kebakaran.
Oleh Earl Anek




