Argentina isytihar cuti umum hargai prestasi pasukan Piala Dunia – Presiden

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISTANBUL: Presiden Argentina Javier Milei semalam berkata, beliau akan mengisytiharkan cuti umum bagi menghargai pasukan bola sepak negara itu susulan prestasi mereka pada Piala Dunia FIFA 2026, lapor Anadolu Ajansi.

“Bergantung kepada keputusan pemain dan barisan kejurulatihan mengenai tarikh sambutan, hari itu akan diisytiharkan sebagai cuti umum,” kata Milei menerusi platform media sosial X.

Keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat menyambut kepulangan skuad berkenaan ke Buenos Aires, walaupun Argentina tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir pada pagi tadi (watktu Malaysia).

PRESIDEN Argentina Javier Milei

Persatuan Bola Sepak Argentina memaklumkan sebahagian daripada delegasi yang terdiri daripada pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai lain akan pulang ke Argentina hari ini dan dijangka tiba sekitar 4.00 pagi esok (waktu Malaysia)

Beberapa pemain akan berlepas terus dari Amerika Syarikat ke pelbagai destinasi bagi menyertai semula kelab masing-masing atau memulakan tempoh rehat. – Bernama