Betong diisytiharkan Zon Hijau

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Bahagian Betong telah diisytiharkan sebagai kawasan Zon Hijau, Jumaat lalu menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN berkata, setelah tidak merekodkan kes positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas, Betong kini adalah dalam Zon Hijau.

“Sarawak hari ini (kelmarin) merekodkan dua lagi kes positif Covid-19 baharu dilaporkan.

“Kesemua dua kes tersebut adalah dari Daerah Kuching. Manakala daerah lain tiada kes dilaporkan,” ujarnya dalam satu kenyataan media laporan harian Covid-19 di Sarawak.

Beliau menambah, terdapat 33 kes telah sembuh dan discaj dari hospital.

“Kesemua 33 kes tersebut adalah 32 kes dari Hospital Umum Sarawak dan satu kes dari Hospital Miri.

“Manakala bilangan individu yang disyaki (PUI) hari ini (kelmarin) adalah sebanyak 35 kes. Jumlah PUI yang masih menunggu keputusan makmal adalah 36 kes,” katanya.

Beliau berkata seramai 455 orang lagi iaitu di bawah pengawasan (PUS) baru telah mendaftar masuk di hotel. “Manakala seramai 213 telah tamat menjalani tempoh kuarantin dan  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh