PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi penyerahan dokumen afidavit dan hadir prosiding pendengaran lucuthak di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berhubung tindakan di bawah Seksyen 41 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

“Mohamad Faizul Kamaruddin, 41, telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya iaitu Blok B-2-6, Flat Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang,” kata SPRM.
SPRM dalam pada itu memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Ahmad Nasharuddin Ab Razak di talian 019-3454565 atau talian 09-5716000 (Pejabat SPRM Negeri Pahang), atau emel kepada nasharuddin.razak@sprm.gov.my. – Bernama




