SIA, Scoot lanjut pembatalan penerbangan susulan ketegangan terkini di Asia Barat

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SIA membatalkan penerbangan Singapura–Dubai sehingga 24 Ogos, manakala Scoot menggantung laluan Singapura–Jeddah sehingga 27 Julai. Foto AGENSI

pembatalan penerbangan ke Dubai dan Jeddah, susulan ketegangan geopolitik terkini di Asia Barat yang mengganggu perjalanan udara.

Dalam nasihat yang dikeluarkan pada hari ini, SIA memaklumkan penerbangan SQ494 dan SQ495 yang beroperasi antara Singapura dan Dubai akan dibatalkan hingga 24 Ogos.

Selain itu, Scoot akan menggantung penerbangan TR796 dan TR797 untuk Singapura-Jeddah-Singapura hingga 27 Julai.

“Memandangkan keadaan masih tidak menentu, penerbangan SIA lain mungkin terjejas. Pelanggan yang terjejas akibat pembatalan penerbangan boleh mendapatkan bayaran balik penuh bagi tiket mereka yang tidak digunakan,” menurut SIA.

Situasi dalam perang Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlangsung kekal tegang, dengan kedua-dua pihak meningkatkan serangan dan memperhebat pertempuran untuk mengawal Selat Hormuz.- Bernama

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,