
PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada Piala Dunia FIFA. Foto Kknekki
CHUNCHEON, Korea Selatan: Getah rambut yang dipakai oleh penyerang bintang Norway, Erling Haaland pada Piala Dunia FIFA tahun ini menarik perhatian ramai selepas didedahkan produk itu dihasilkan oleh sebuah syarikat Korea Selatan, kata pegawai syarikat itu hari ini, sambil menambah pengikat rambut buatan khas itu sudah habis dijual.
Getah rambut Kknekki, yang dikeluarkan oleh Dooji Co., sebuah syarikat yang terletak di Kompleks Perindustrian Namsan di Chuncheon, kira-kira 75 kilometer timur laut Seoul, menarik perhatian peminat bola sepak selepas Haaland memakainya dalam setiap perlawanan Piala Dunia, kata pegawai itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kknekki ialah jenama yang dibangunkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dooji Cho Hyun-tae, yang berasal dari Hamyang, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan berasal daripada perkataan dialek Gyeongsang untuk benang atau tali.
Produk yang dipakai oleh Haaland pada Piala Dunia, atau Edisi Haaland, dibuat khas, menampilkan warna yang dipilih oleh Haaland sendiri, menurut pegawai syarikat.
Hubungan Cho dengan Haaland bermula pada perlawanan Liga Perdana Inggeris. Selepas mengetahui Haaland menggunakan produknya, Cho menghasilkan dan menghadiahkannya pengikat rambut buat khas yang sepadan dengan warna kelab pemain itu, Manchester City. – Bernama



