KUCHING: Junior Chamber International Kuching (JCI) menyerahkan Anugerah Pembangunan Lestari JCI Malaysia kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi Projek Aplikasi IPeople-Qmunity pada Sabtu.
MBKS dalam kenyataan berkata, anugerah tersebut adalah pertandingan yang dianjurkan oleh JCI Malaysia dan disertai oleh pesaing berpotensi seperti Majlis Bandaraya, syarikat, sekolah dan persatuan dari seluruh Malaysia.
Sejak dilancarkan pada tahun 2018, aplikasi ini telah menarik pendaftaran aktif dari orang ramai dan menjadi aplikasi yang boleh dipercayai untuk mengemukakan permintaan.
“Ia telah menarik pendaftaran aktif dari rakyat pada pertama kali dilancarkan dan terus menjadi begitu dan menjadi aplikasi yang boleh dipercayai untuk mengajukan permintaan.
“Selain itu, aplikasi ini juga telah digunakan sebagai salah satu aplikasi pengesanan Covid-19 di negeri ini sepanjang wabak pademik ini menular dan ia terbukti berhasil,” katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng mengatakan bahawa beliau gembira kerana penduduk di Kuching terus melangkah ke hadapan dengan Pelan Induk Bandar Pintar Kuching dengan menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi penggunaan aplikasi teknologi dalam kehidupan seharian mereka.
“Saya ingin mendedikasikan anugerah ini bukan hanya kepada Kerajaan Negeri Sarawak, MBKS dan rakan-rakannya Techninier dan ARx Sdn Bhd tetapi juga kepada seluruh rakyat Kuching kerana menjadi ia sebahagian daripada perubahan trend.
“Selain itu, saya berharap agar Aplikasi IPeople-Qmunity ini akan terus menjadi pilihan masyarakat untuk tahun yang akan datang bagi memastikan permintaan mereka dipenuhi dengan betul sekali gus memperingatkan mereka untuk menjaga keselamatan mereka sendiri dalam masa wabak yang tidak menentu ini,” katanya lagi.
Oleh JEAKQLEYN YACHO