Hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri hingga 5.00 petang

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga 5.00 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, negeri terlibat ialah Johor, Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim serta Kelantan (Jeli).

Cuaca itu turut diramal di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub), Selangor (Hulu Selangor) serta Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah dan Rembau). 

Di Sarawak, ramalan itu melibatkan kawasan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang (Lawas).

Sementara itu, di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan) dan Pantai Barat. – Bernama