
VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Helikopter Hughes 500 sedang menjalankan operasi perhutanan di Loughborough Inlet apabila nahas berlaku kira-kira 6.15 pagi waktu tempatan (1315 GMT) berhampiran Knight Inlet, yang terletak di utara Pulau Vancouver, lapor CTV News.
Terdapat tiga orang di dalam pesawat ketika kemalangan. Juruterbang dan seorang pekerja perhutanan terbunuh, manakala seorang terselamat, menurut laporan itu, tanpa mendedahkan identiti mangsa yang terselamat.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada dalam satu kenyataan berkata sepasukan penyiasat dijangka tiba di lokasi pagi Rabu dan mengumpul maklumat serta menilai kejadian itu. – Bernama-Xinhua




