Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lori muatan kelapa sawit terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo dekat jejambat Simunjan
  • KEBAKARAN

Lori muatan kelapa sawit terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo dekat jejambat Simunjan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBUAH lori membawa muatan kelapa sawit mengalami kebakaran membabitkan tayar dan sebahagian muatannya di jejambat Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simunjan, petang ini. Foto: PGO Bomba

SIMUNJAN: Sebuah lori membawa muatan kelapa sawit mengalami kebakaran membabitkan tayar dan sebahagian muatannya di jejambat Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simunjan, petang ini.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.19 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kebakaran melibatkan tayar sebuah lori serta muatan kelapa sawit yang dibawanya.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 30 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula (Hos Reel) sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Selepas memastikan keadaan di lokasi terkawal, selamat dan tiada lagi punca bahaya, pasukan bomba menamatkan operasi pemadaman.

Operasi yang diketuai PBK I Rosnani Malong itu melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.09 petang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kebakaran Demak Laut: Sisa api di dua gudang berjaya dipadam sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.