Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Piala Dunia: Mas meriahkan cabaran tular tukar logo syarikat penerbangan Norway-England
  • BISNES
  • NASIONAL

Piala Dunia: Mas meriahkan cabaran tular tukar logo syarikat penerbangan Norway-England

Utusan Sarawak 10 hours ago
BAHANG Piala Dunia FIFA 2026 turut dirasai di media sosial apabila Malaysia Airlines (MAS) bersama beberapa syarikat penerbangan antarabangsa menyertai aksi berbalas usikan menjelang perlawanan suku akhir Norway menentang England.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) tidak terkecuali daripada bahang demam Piala Dunia FIFA 2026 apabila turut menyertai reaksi tular di media sosial membabitkan persaingan syarikat penerbangan antara Norwegian Air dan British Airways.

Ini bermula selepas syarikat penerbangan Norwegian Air mencabar British Airways untuk saling menukar logo laman media sosial Instagram masing-masing jika Norway berjaya mengalahkan England dalam perlawanan suku akhir yang dijadualkan 5.00 pagi (waktu Malaysia) pada Ahad.

Menerusi tindakan “tagging” atau penandaan hantaran ditujukan kepada British Airways, Norwegian Air membuat hantaran : “Hey, @british_airways, do you want to make a bet? If Norway wins, you will switch to our logo on Instagram on Sunday (one day). And vice versa. Deal?” atau “Hi @british_airways, apa kata kita bertaruh? Jika Norway menang, tukar logo Instagram anda kepada logo kami pada Ahad (selama sehari) dan jika sebaliknya, kami akan membuat tindakan sama.

Ketika kedua-dua syarikat penerbangan itu terus melontarkan usikan yang disambut dengan persetujuan British Airways menerima cabaran berkenaan, MAS serta beberapa syarikat penerbangan lain enggan ketinggalan menyertai rantaian gurauan itu.

Syarikat penerbangan nasional itu membuat hantaran secara berseloroh “We’ll be watching with our satay in one hand and signature drink in the other” atau “Kami akan menontonnya sambil memegang satay di sebelah tangan dan minuman istimewa kami di sebelah lain.”

SWISS Air pula membuat hantaran “No time for popcorn. We have to prepare for Lionel Messi,” (Tiada masa untuk bertih jagung. Kami perlu bersedia untuk menghadapi Lionel Messi) yang merujuk kepada perlawanan suku akhir Switzerland menentang Argentina yang dijadualkan 9.00 pagi, esok.

Di sudut lain, Qatar Airways turut menyertai sesi berbalas hantaran dengan menyatakan akan berkongsi perkembangan terkini secara langsung.

Setakat pagi ini, cabaran dikemukakan oleh Norwegian Air pada Khamis, telah mencatat sejumlah 155,000 tanda suka, sebanyak 5,413 komen, 4,190 hantaran semula serta 132,000 perkongsian.

Hantaran balas MAS juga berjaya mencatat 3,245 tanda suka.

Seiring bahang demam Piala Dunia FIFA 2026 yang semakin memuncak, tindakan syarikat penerbangan yang saling berbalas usikan itu hanya membuktikan bagaimana jenama kini pantas memanfaatkan kuasa media sosial serta elemen keterujaan yang tercetus daripada kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bina sahsiah benteng fahaman radikal, ekstremis
Next: Lebih 5,000 permohonan pindah kuota BUDI Diesel kepada keluarga terdekat diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.