Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima catat sejarah, diiktiraf Buku Rekod Malaysia
  • SEMASA

Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima catat sejarah, diiktiraf Buku Rekod Malaysia

Utusan Sarawak 15 hours ago
LUANGKAN MASA… DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika meluangkan masa melawat Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima pagi tadi.

SIBU: Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima hari ini mencatat sejarah apabila diiktiraf Buku Rekod Malaysia (MBOR) sebagai rizab hutan paya gambut bandar terlindung terbesar di Malaysia.

Sijil pengiktirafan itu diserahkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu yang berlangsung di Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima seluas 219 hektar itu, pagi tadi.

Sebagai simbol komitmen terhadap pemuliharaan hidupan liar, Abang Johari turut menyaksikan pelepasan seekor tenggiling ke habitat semula jadinya di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Abang Johari memulakan hari kedua program SKS dengan menyertai aktiviti berjalan pantas bersama orang awam di sini. 

RAKAM KENANGAN… DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar dengan tetamu kenamaan yang lain pada sesi lawatan ke Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima pagi tadi.

Beliau turut meluangkan masa melawat beberapa projek di dalam rizab tersebut yang merupakan sebahagian usaha kerajaan memperkukuh pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha penghijauan, beliau turut menyertai aktiviti penanaman anak pokok disaksikan para tetamu serta wakil agensi terlibat.

Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima merupakan satu-satunya rizab hutan paya gambut bandar di Sarawak yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan. 

Ia menjadi habitat penting kepada pelbagai spesies flora dan fauna serta berpotensi dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan dan pendidikan alam sekitar.

Program itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memelihara khazanah alam semula jadi di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KKDW, JBALB laksana langkah segera tangani gangguan bekalan air di Sarawak
Next: Dakwaan tiga jambatan dibatal untuk SSLR tidak benar, kata Willie Mongin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.