Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepanyol-Perancis ibarat final sebelum final – De la Fuente
  • SUKAN

Sepanyol-Perancis ibarat final sebelum final – De la Fuente

Utusan Sarawak 16 hours ago
KETUA jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, meraikan kemenangan selepas pasukannya menewaskan Belgium dalam aksi suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Stadium Los Angeles, Inglewood, pada 10 Julai 2026. Foto AFP

LOS ANGELES: Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, menyifatkan aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 menentang Perancis sebagai “final sebelum final”.

Beliau berkata, kemenangan 2-1 ke atas Belgium pada aksi suku akhir hasil jaringan lewat Mikel Merino pada minit ke-88 membuktikan Sepanyol mempunyai keupayaan untuk menewaskan mana-mana pasukan, termasuk Perancis yang dianggap antara pilihan utama untuk muncul juara.

“Bukan keterlaluan jika saya katakan perlawanan ini ibarat final sebelum final,” kata De la Fuente pada sidang media selepas perlawanan.

“Kami merupakan antara pasukan yang berupaya melangkah ke final. Mulai sekarang, tumpuan kami sepenuhnya terarah kepada Perancis.

“Kami sedar akan keupayaan besar yang dimiliki mereka, namun kami juga tahu bahawa kami merupakan satu-satunya pasukan yang pernah menewaskan mereka dalam dua aksi separuh akhir,” katanya.

Sepanyol menewaskan Perancis pada separuh akhir Kejohanan Eropah 2024 sebelum muncul juara, selain mengatasi lawan yang sama pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA 2025.

“Perlawanan ini dijangka berlangsung dengan lebih terbuka berbanding sebelum ini. Kami perlu meningkatkan mutu permainan dan akan memberikan segala-galanya di atas padang.

“Perancis berada pada prestasi terbaik dan kami mempunyai corak permainan yang berbeza.

“Kami amat menghormati lawan, namun kami yakin mampu menewaskan mana-mana pasukan,” katanya. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: “Gol saya tidak penting jika Sepanyol muncul juara dunia” – Yamal
Next: “Haaland ‘mesin gol’, tetapi gaya permainan kami berbeza” – Kane

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.