Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • “Gol saya tidak penting jika Sepanyol muncul juara dunia” – Yamal
  • SUKAN

“Gol saya tidak penting jika Sepanyol muncul juara dunia” – Yamal

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENYERANG Sepanyol, Lamine Yamal (#19), memberikan isyarat ibu jari sebagai tanda semangat ketika aksi suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Belgium di Stadium Los Angeles, Inglewood, pada 10 Julai 2026. Foto AFP

LOS ANGELES: Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, menegaskan jumlah gol yang dijaringkannya bukan keutamaan selagi pasukannya berjaya muncul juara Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 18 tahun itu sekali lagi gagal menemui sentuhan penyudah ketika Sepanyol menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir pada perlawanan awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir untuk menentang Perancis.

Dalam kejohanan yang menyaksikan beberapa penyerang ternama seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Harry Kane mempamerkan ketajaman penyudah, Yamal setakat ini hanya menjaringkan satu gol, iaitu ketika Sepanyol membelasah Arab Saudi 4-0 pada peringkat kumpulan.

“Sudah tentu saya mahu menjaringkan gol, tetapi saya tidak turun ke padang dengan hanya memikirkan perkara itu. Saya bermain untuk membantu pasukan,” kata pemain Barcelona itu.

“Jika kami memenangi Piala Dunia, tiada siapa akan mengingati sama ada saya menjaringkan gol atau tidak. Perkara yang paling penting ialah kemenangan,” katanya.

Yamal berkata, beliau tetap mampu memberikan sumbangan kepada pasukan walaupun tidak menjaringkan gol.

“Saya tahu saya masih boleh membantu walaupun tidak menjaringkan gol. Pergerakan saya sering menarik perhatian beberapa pemain lawan, justeru saya akan melakukan segala yang termampu untuk membantu pasukan,” katanya.

Yamal mula mencuri perhatian dunia ketika membantu Sepanyol menjuarai Kejohanan Eropah dua tahun lalu pada usia 16 tahun.

Dalam kejohanan itu, beliau hanya menjaringkan satu gol, iaitu menerusi rembatan menarik ketika Sepanyol menewaskan Perancis 2-1 pada aksi separuh akhir.

“Ada yang beranggapan saya sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol seperti di Kejohanan Eropah, namun kami menjuarai kejohanan itu dengan saya hanya menjaringkan satu gol.

“Dalam Piala Dunia kali ini, saya juga telah menjaringkan satu gol, jadi saya tidak berasa tertekan,” katanya sambil tersenyum.

Sepanyol dijadualkan bertemu Perancis pada aksi separuh akhir, dengan Yamal dijangka terus menjadi tonggak utama pasukannya dalam usaha menewaskan antara pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan itu.

“Terdapat dua kemungkinan, sama ada mereka mara ke final Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut atau kami menewaskan mereka buat kali ketiga berturut-turut. Kita nantikan apa yang akan berlaku.

“Kami langsung tidak gentar,” katanya. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Courtois yakin Lammens bangkit selepas kesilapan di Piala Dunia
Next: Sepanyol-Perancis ibarat final sebelum final – De la Fuente

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.