Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Garcia tidak bimbang sambutan dingin penyokong AS
  • SUKAN

Garcia tidak bimbang sambutan dingin penyokong AS

Utusan Sarawak 13 hours ago
KETUA Jurulatih Belgium, Rudi Garcia, menghadiri sidang media menjelang perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 menentang Sepanyol di Stadium Los Angeles pada 9 Julai 2026 di Inglewood, California. Foto AFP

LOS ANGELES: Ketua jurulatih Belgium, Rudi Garcia berkata beliau tidak bimbang dengan kemungkinan menerima sambutan dingin daripada penyokong Amerika Syarikat (AS) pada aksi suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 menentang Sepanyol pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Belgium menewaskan AS 4-1 pada pusingan 16 terbaik selepas perlawanan itu didahului kontroversi berhubung penggantungan penyerang AS, Folarin Balogun akibat kad merah.

“Kami baru sahaja menewaskan AS dalam perlawanan yang menyaksikan semua orang menentang kami. Keadaan esok tidak mungkin lebih sukar daripada itu,” kata Garcia pada sidang media pada Khamis.

“Saya tidak tahu bagaimana keadaannya esok, tetapi penonton tidak menjaringkan gol. Kami bermain menentang Sepanyol.”

Balogun pada mulanya digantung daripada beraksi pada perlawanan pusingan 16 terbaik menentang Belgium selepas dilayangkan kad merah ketika membantu AS menewaskan Bosnia dan Herzegovina pada pusingan 32 terbaik.

Bagaimanapun, FIFA menggantung pelaksanaan hukuman itu dalam satu tindakan yang hampir tidak pernah berlaku sebelum ini bagi membolehkan beliau beraksi menentang Belgium, selain menolak rayuan yang dikemukakan Belgium.

Pengkritik menuduh badan induk bola sepak dunia itu tunduk kepada dakwaan berhubung campur tangan politik selepas Presiden AS Donald Trump mengakui beliau meminta semakan dibuat kerana berpendapat insiden berkenaan bukan satu kekasaran.

Presiden FIFA Gianni Infantino bagaimanapun menegaskan bahawa permintaan Trump itu sama sekali tidak mempengaruhi keputusan berkenaan.

Pemenang perlawanan pada Jumaat akan menempah pertemuan dengan Perancis pada aksi separuh akhir selepas pasukan itu menewaskan Maghribi 2-0.

“Kami menentang satu daripada pasukan pilihan. Kami mengetahui kekuatan setiap pemain mereka. Mereka merupakan pasukan terbaik dalam menguasai bola dan masih belum melepaskan sebarang gol dalam kejohanan ini,” kata Garcia.

Beliau bagaimanapun menegaskan sudah tiba masanya untuk mengubah keadaan itu.

“Semua orang berkata kami akan pulang. Tetapi perlawanan itu belum dimainkan lagi,” katanya.

Garcia hanya tidak dapat menurunkan pemain tengah Amadou Onana yang mengalami kecederaan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: MSN sasar 70 peratus atlet naik podium di Sukan SEA 2027
Next: Sepanyol buru slot separuh akhir menentang Perancis, tekad tewaskan Belgium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.