Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dani Olmo: Sepanyol fokus tumpaskan Belgium
  • SUKAN

Dani Olmo: Sepanyol fokus tumpaskan Belgium

Utusan Sarawak 5 hours ago
DANI Olmo (#10) dari Sepanyol bercakap kepada pihak media semasa sidang akhbar bagi pemenang Perlawanan 93 sehari sebelum aksi suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara pemenang Perlawanan 93 dan pemenang Perlawanan 94 di Stadium Los Angeles, pada 8 Julai 2026, di Inglewood, California. Foto AFP

LONDON: Dani Olmo enggan memikirkan saingan selepas suku akhir dan hanya memberi tumpuan kepada pertemuan Sepanyol dengan Belgium ketika memburu kejuaraan Piala Dunia, lapor PA Media/dpa.

Juara dunia 2010 itu akan menentang Belgium, yang mara ke separuh akhir edisi 2018, di Los Angeles pada Jumaat malam dengan menyedari mereka tidak boleh hilang fokus jika mahu muncul juara sekali lagi.

Pemain tengah Barcelona itu berkata kepada laman sesawang rasmi Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF): “Kami hanya memikirkan perlawanan suku akhir.

“Untuk mara ke separuh akhir, kami perlu menewaskan sebuah pasukan yang hebat. Belgium ialah pasukan yang sangat lengkap. Mereka memiliki antara penjaga gol terbaik dunia, (Thibaut) Courtois, selain pemain yang mampu mengubah corak permainan di setiap posisi.

“Peluang untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia bermakna saya bakal mengharungi antara perlawanan paling penting dalam kerjaya saya. Kami sudah bersedia.

“Matlamat kami ialah menjuarai Piala Dunia dan untuk mencapainya, kami perlu terlebih dahulu mengatasi Belgium.”

Anak buah Luis de la Fuente memulakan kejohanan itu sebagai pasukan ketiga terbaik dunia mengikut ranking FIFA, lima anak tangga di atas Belgium.

Permulaan yang kurang meyakinkan ketika menentang pasukan kejutan, Cape Verde, mencetuskan persoalan mengenai status mereka sebagai antara calon juara. Namun, juara Kumpulan H itu kemudian mencatat empat kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan tipis 1-0 ke atas negara jiran, Portugal.

Mereka akan berdepan skuad kendalian Rudi Garcia dengan rekod memenangi enam pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan. Kali terakhir Belgium menewaskan Sepanyol ialah pada Kejohanan Eropah 1980 di Itali. Sepanyol juga tidak pernah tewas dalam 35 perlawanan terakhir.

Olmo berkata: “Kami menghadapi setiap perlawanan seolah-olah ia adalah perlawanan akhir. Jurulatih sentiasa mengingatkan kami bahawa perlawanan paling penting ialah perlawanan seterusnya.

“Mencapai rekod itu sudah tentu menggembirakan kami, tetapi kami mahu melanjutkannya selama mungkin, mudah-mudahan sehingga melepasi perlawanan akhir.”

Eden Hazard, yang beraksi ketika Belgium tewas 0-1 kepada Perancis pada separuh akhir Piala Dunia di St Petersburg lapan tahun lalu, optimis negaranya mampu mencipta pencapaian lebih baik kali ini.

Bekas bintang Real Madrid itu berkata kepada Marca: “Kami mempunyai ramai pemain berbakat dan Belgium mampu mengejutkan semua orang serta melangkah jauh dalam Piala Dunia ini. Saya yakin dengan mereka.

“Kami mempunyai gabungan pemain muda dan berpengalaman yang baik. Memang sedikit mengecewakan kerana tiada seorang pun daripada adik-beradik Hazard berada di sini, tetapi sudah tentu saya berharap mereka dapat melangkah sejauh mungkin dan memenangi gelaran.

“Ia bukan tugas yang mudah, tetapi saya berharap mereka dapat mara ke final dan mungkin juga menjuarai Piala Dunia. Jika tidak, saya fikir Sepanyol juga akan ke sana. Kita tunggu dan lihat.” – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: KHMHR 2026 tarik lebih 4,200 peserta termasuk pelari dari 20 negara
Next: Bekas pengendali Benfica, Jorge Jesus ganti Martinez sebagai ketua jurulatih Portugal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.