Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Quansah digantung dua perlawanan susulan kad merah ketika menentang Mexico
  • SUKAN

Quansah digantung dua perlawanan susulan kad merah ketika menentang Mexico

Utusan Sarawak 7 hours ago
JARELL Quansah telah digantung dua perlawanan selepas kad merahnya menentang Mexico. Foto AFP

KANSAS CITY, Missouri: Jarell Quansah digantung dua perlawanan susulan kad merah yang diterimanya ketika England menewaskan Mexico pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pertahanan Bayer Leverkusen itu dilayangkan kad merah selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) terhadap terjahannya ke atas Jesus Gallardo pada separuh masa kedua di Estadio Azteca.

Namun, skuad kendalian Thomas Tuchel berjaya mempertahankan kelebihan untuk mencatat kemenangan dramatik 3-2.

Persatuan Bola Sepak England (FA) memaklumkan pihaknya sedang meneliti kemungkinan mengemukakan rayuan, namun FIFA pada Khamis mengumumkan Quansah perlu menjalani penggantungan serta-merta.

Hukuman itu menyebabkan dia terlepas aksi suku akhir menentang Norway di Miami pada Sabtu, selain perlawanan separuh akhir sekiranya England mara.

“Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan hukuman berikut terhadap pemain skuad kebangsaan England Jarell Quansah, yang dibuang padang selepas menerima kad merah dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 antara Mexico dan England pada 5 Julai 2026 di Stadium Mexico City.

“Penggantungan dua perlawanan kerana melanggar Artikel 14 Kod Tatatertib FIFA.

“Penggantungan itu akan dilaksanakan dalam perlawanan akan datang membabitkan skuad kebangsaan England pada Piala Dunia FIFA 2026, selaras dengan Artikel 69 Kod Tatatertib FIFA,” menurut kenyataan FIFA.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Jurulatih Maghribi tekad bangkit lebih kuat selepas tersingkir di Piala Dunia
Next: Mbappe ingatkan masih “jauh lagi perjalanan” buat Perancis selepas mara ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.