Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Roy Gingkoi gesa pembangunan luar bandar lebih menyeluruh, bukan sekadar bina jalan
  • TEMPATAN

Roy Gingkoi gesa pembangunan luar bandar lebih menyeluruh, bukan sekadar bina jalan

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Lubok Antu…Roy Angau Gingkoi. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi menggesa agar pembangunan luar bandar dilaksanakan secara lebih menyeluruh dengan memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan asas dan peluang ekonomi, bukan hanya tertumpu kepada pembinaan infrastruktur fizikal.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Laporan Tahunan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2026 pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas di Dewan Rakyat, semalam.

Roy berkata beliau menyambut baik Laporan Tahunan SUHAKAM 2024 yang menyorot pelbagai cabaran dihadapi masyarakat di Ulu Engkari, Batang Ai, termasuk isu akses kepada bekalan elektrik, air bersih, telekomunikasi, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dokumentasi kewarganegaraan serta peluang ekonomi.

Menurut beliau, pembangunan luar bandar tidak seharusnya terhenti setakat pembinaan jalan raya semata-mata, sebaliknya setiap projek infrastruktur perlu disusuli dengan penyediaan utiliti asas dan perkhidmatan penting agar manfaat pembangunan dapat dinikmati sepenuhnya oleh penduduk.

“Setiap projek pembangunan perlu disertai penyediaan bekalan elektrik, air bersih, kemudahan kesihatan, pendidikan, liputan telekomunikasi dan peluang ekonomi supaya kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menggesa kementerian berkaitan memperkukuh perkhidmatan kesihatan bergerak bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman mendapat akses rawatan yang lebih mudah dan berkualiti.

Selain itu, Roy mencadangkan agar Program MEKAR diperluaskan bagi membantu masyarakat luar bandar menyelesaikan urusan dokumentasi kewarganegaraan dengan lebih cekap dan berkesan.

Beliau juga menggesa kerajaan merangka pelan pembangunan ekonomi yang lebih komprehensif bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta memperkukuh taraf hidup masyarakat di kawasan pedalaman.

Menurutnya, pembangunan yang sebenar bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi memastikan setiap rakyat menikmati akses yang adil kepada kemudahan asas, peluang ekonomi dan perkhidmatan kerajaan tanpa mengira lokasi.

Katanya, pendekatan pembangunan yang inklusif akan membantu merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 22 anak pekerja migran Indonesia di Sarawak lanjut pelajaran ke Indonesia
Next: Naik taraf Loji Rawatan Air Lubau capai 45 peratus siap, dahului jadual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.