Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Unit Hartanah Kenyalang raih kontrak Wisma JKR Sarawak bernilai RM283.9 juta
  • BISNES

Unit Hartanah Kenyalang raih kontrak Wisma JKR Sarawak bernilai RM283.9 juta

Utusan Sarawak 5 hours ago
HARTANAH Kenyalang Bhd meraih kontrak pembinaan terbesar dalam sejarah syarikat bernilai RM283.9 juta daripada JKR Sarawak bagi projek pembinaan Wisma JKR Sarawak yang baharu di Kuching.

KUALA LUMPUR: Hartanah Kenyalang Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM283.9 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan bangunan dan infrastruktur itu menyatakan anak syarikat milik penuhnya, Hartanah Construction Sdn Bhd menerima surat lantikan daripada JKR Sarawak untuk membina Wisma JKR Sarawak di Kuching.

Ia memaklumkan kontrak tersebut merupakan kontrak terbesar yang pernah diperoleh Hartanah Construction setakat ini.

“Tempoh kontrak selama 30 bulan dan projek itu dijadualkan bermula pada 23 Julai, 2026.

“Jika tiada sebarang keadaan yang tidak dijangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Okt, 2026 serta sehingga projek itu siap,” jelasnya.

Dalam kenyataan berasingan, Hartanah Kenyalang menyatakan struktur Wisma JKR sedia ada akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks baharu itu.

Pembinaan berkenaan akan merangkumi sebuah menara utama 21 tingkat, tempat letak kereta tiga tingkat dan bangunan-bangunan tambahan yang lain.

“Bangunan-bangunan ini akan menyepadukan reka bentuk lestari, sistem yang cekap dan ciri-ciri mesra alam ke dalam pemodelan maklumat bangunan (BIM) ke arah mencapai pensijilan bangunan hijau,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Pengarah Urusan Hartanah Kenyalang Seah Boon Tiat berkata syarikat itu akan bekerjasama rapat dengan JKR dalam merealisasikan visi dan aspirasi mereka.

“Wisma JKR Sarawak yang baharu ini akan dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur moden.

“Ia bukan sahaja dapat menambah baik persekitaran kerja serta kebajikan pegawai kerajaan, malah turut mengukuhkan imej JKR Sarawak sebagai sebuah agensi kerajaan yang moden dan progresif di Sarawak,” katanya.

Seah berkata kejayaan terbaharu itu berjaya melonjakkan nilai perolehan kontrak tertunggak Hartanah Kenyalang kepada RM800.5 juta setakat 9 Julai, 2026.

“Nilai perolehan kontrak tertunggak sebanyak RM800.5 juta ini juga menandakan nilai kontrak yang sedang dilaksanakan dengan potensi tertinggi dalam sejarah operasi Hartanah Kenyalang,” tambahnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines perluas rangkaian dengan laluan baharu ke Shenzhen, Changsha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.