Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 peserta berjaya menamatkan Pendidikan Literasi Fungsian Kemas
  • Utara
  • WILAYAH

20 peserta berjaya menamatkan Pendidikan Literasi Fungsian Kemas

Utusan Sarawak 17 hours ago
PENGHARGAAN…Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Noraizan Mohd Jamil menerima cenderamata disampaikan oleh Pegawai Kemas Marudi, Therry Noel George Anyi.

MARUDI: Seramai 20 peserta dari Rh. Giling Sungai Buloh A telah tamat sesi pengajaran, Pendidikan Literasi Fungsian (PLF ) 2025 anjuran Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) Kemas P.220 Baram.

Majlis penyampaian sijil kepada semua peserta tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Noraizan Mohd Jamil di Bilik Mesyuarat, Mayland Hotel Marudi.

Pegawai Kemas Daerah Marudi, Therry Noel Georg Anyi berkata program ini bukan sahaja untuk belajar membaca, menulis dan mengira tetapi yang penting ialah untuk meningkatkan keyakinan diri serta memberi manfaat kepada kehidupan seharian mereka.

“Sesungguhnya program ini tidak akan tercapai tanpa dedikasi pengajar yang telah mencurahkan ilmu dengan penuh kesabaran,” katanya.

TANIAH…Peserta dari Rh Giling Sungai Bulo A, Bakong berjaya menamatkan Pendidikan Literasi Fungsian KEMAS Marudi.

Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada tenaga pengajar Siti Salmah Abdullah yang telah banyak membimbing kepada peserta PLF sehingga mereka berjaya menamatkan pengajaran.

Katanya mereka telah dibimbing dan didorong agar mereka dapat menghayati pembelajaran meskipun dalam usia yang sudah lanjut.

“Tahniah kepada semua peserta atas kejayaan dan telah menamatkan pembelajaran selama dua tahun,” katanya.

Dalam pada itu tempat pertama bagi kategori menulis terbaik disandang Liu Shin Kiun sementara di tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Emelia Gumbai Sagok dan Ejut Janti.

Bagi kategori membaca terbaik dimenangi Juliah Gumbang manakalan tempat kedua dan ketiga disandang Manding Ganja dan Engsangai Jimat.

Manding Ganja diumumkan tempat pertama bagi kategori mengira terbaik, kedua dimenangi Juliah Gumbang dan tempat ketiga disandang Elam Lankong.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiang gesa Sistem Parkir Pintar SMC Cares ditambah baik segera
Next: Michael Kong gesa pemantauan taska diperketat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.