Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti nelayan Sematan terima bantuan lebih RM577,000
  • Selatan
  • WILAYAH

Komuniti nelayan Sematan terima bantuan lebih RM577,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
ABDUL Rahman menyampaikan ucapan pada Majlis Interaksi dan Penyerahan Bantuan Touch Point Nelayan Sematan 2026 di Sematan. Foto UKAS

SEMATAN: Komuniti nelayan di Sematan menerima bantuan dan projek pembangunan bernilai lebih RM577,000 menerusi pelbagai inisiatif Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) bagi memperkukuh ekonomi nelayan, menggalakkan keusahawanan serta memelihara kelestarian sumber perikanan marin.

Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, program berkenaan bukan sekadar platform penyerahan bantuan, malah menjadi medium interaksi antara jabatan dan komuniti nelayan bagi mengenal pasti keperluan serta menyelesaikan isu yang dihadapi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Interaksi dan Penyerahan Bantuan Touch Point Nelayan Sematan 2026 di sini hari ini.

Menurutnya, warga kerja JPLS perlu terus responsif, cekap dan peka terhadap keperluan komuniti nelayan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Pada majlis itu, seramai 40 pengusaha Komuniti Sampadi menerima Bantuan Touch Point Komuniti berjumlah RM40,000 di bawah Program Pembangunan Usahawan dan Pemindahan Teknologi Perikanan bagi melaksanakan projek pemprosesan produk hiliran perikanan.

Turut menerima Bantuan myAgropreneur Perikanan (myAP) ialah Sidi @ Saini Weng sebanyak RM20,000 bagi projek produk hiliran perikanan, Hazemi Jol (RM17,950) bagi projek jualan ais batu dan Lizawati Abdullah (RM8,300) bagi projek produk hiliran perikanan.

ABDUL Rahman bersama penerima bantuan serta wakil komuniti nelayan selepas Majlis Interaksi dan Penyerahan Bantuan Touch Point Nelayan Sematan 2026. Foto UKAS

Selain itu, wakil myKomuniti Perikanan (myKP) Sematan 2, Mohamad Asim Juss menerima replika cek bernilai RM27,192 bagi pelaksanaan projek agropelancongan.

Dalam usaha memulihara sumber marin, Ketua Jaringan Perikanan (KJP) Telok Melano, Mohamad Jini menerima replika cek berjumlah RM464,569 bagi pelaksanaan projek pembinaan dan penempatan tukun tiruan rekreasi di perairan Telok Melano.

Abdul Rahman berkata, projek itu merupakan pelaburan jangka panjang bagi memperkayakan habitat marin, menggalakkan pembiakan ikan, meningkatkan biodiversiti serta memastikan stok sumber perikanan terus terpelihara.

Beliau berkata, sebanyak 35 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di perairan Telok Melano dan dijangka memberi manfaat kepada komuniti nelayan serta penggiat perikanan rekreasi.

Pada masa sama, beliau menyeru komuniti nelayan supaya terus menguruskan sumber laut secara mampan dan mengelakkan penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang demi memastikan kelestarian sumber perikanan.

Turut hadir Ketua Wilayah Perikanan 1 Kuching Jackson Clive Jusak dan Timbalan Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhriyuddin Matamit.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Keluru Tengah anjur Hari Keusahawanan PIBG 2.0 pada 25 Julai
Next: Eksklusif: Chieng gesa semakan semula langkah baharu sistem parkir MPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.