Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Keluru Tengah anjur Hari Keusahawanan PIBG 2.0 pada 25 Julai
  • Utara
  • WILAYAH

SK Keluru Tengah anjur Hari Keusahawanan PIBG 2.0 pada 25 Julai

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru bersama warga SK Keluru Tengah mengadakan Hari Keusahawanan (Fun & Fund) PIBG 2.0 pada 25 Julai ini.

BEKENU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama warga Sekolah Kebangsaan (SK) Keluru Tengah akan menganjurkan Hari Keusahawanan (Fun & Fund) PIBG 2.0 pada 25 Julai ini bagi mengeratkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

Program yang akan berlangsung di Padang SK Keluru Tengah bermula dari 7.30 pagi hingga 4.00 petang itu dijangka menghimpunkan murid, ibu bapa, alumni serta masyarakat sekitar dalam suasana karnival yang meriah.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program, antaranya perkhidmatan gunting rambut, urutan kaki dan bahu, gerai makanan dan minuman, pertandingan mewarna, pertandingan Beyblade, pertandingan tarik tali, sukaneka, permainan gelongsor air, Bubble Mania serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Menurut kenyataan SK Keluru Tengah, penganjuran program tersebut bukan sahaja bertujuan mengumpul dana bagi menyokong aktiviti dan pembangunan sekolah, malah menjadi platform mengukuhkan semangat kerjasama antara PIBG, warga sekolah dan komuniti.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga bagi memeriahkan program sambil menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pada masa sama, penyertaan vendor dan peniaga masih dibuka kepada mereka yang berminat untuk mengambil bahagian sepanjang program berlangsung.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan tapak niaga, orang ramai boleh menghubungi Nadzirah di talian 012-846 3277.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: MBKS, DBKU digesa tingkatkan ketelusan sistem kutipan bayaran parkir digital
Next: Komuniti nelayan Sematan terima bantuan lebih RM577,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.