Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MCMC perkukuh kerjasama perluas liputan internet di sempadan Sarawak-Kalimantan
  • SEMASA

MCMC perkukuh kerjasama perluas liputan internet di sempadan Sarawak-Kalimantan

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus komited memperkukuh liputan serta kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan, termasuk di Lubok Antu, menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Menteri Komunikasi berkata, usaha itu dilaksanakan bagi menangani cabaran geografi di kawasan sempadan melalui kerjasama dengan kerajaan Sarawak, penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta agensi berkaitan untuk memperluaskan liputan internet dan komunikasi secara bersepadu.

Menurut jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah kerjasama dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu serta Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC), yang membawa kepada pembinaan sebuah menara komunikasi baharu yang mula beroperasi pada 31 Oktober 2025.

Katanya, pembinaan menara itu berjaya meningkatkan liputan serta kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan berkenaan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk dan pengguna di kawasan sempadan.

MCMC turut memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelaras pembangunan infrastruktur komunikasi, termasuk pembinaan menara komunikasi baharu di Pos Kawalan Sempadan Ba’kelalan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan keperluan komunikasi di kawasan sempadan terus dipertingkatkan.

Selain itu, MCMC mengadakan sesi libat urus bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) di Ibu Pejabat PGA Batu Kawa pada 13 April 2026 bagi membincangkan sokongan terhadap aspek komunikasi dan infrastruktur telekomunikasi di kawasan persempadanan Sarawak-Kalimantan-Brunei, termasuk di Lubok Antu.

Dalam sesi berkenaan, isu liputan komunikasi dan gangguan perkhidmatan, termasuk perayauan (roaming) tidak disengajakan akibat kedudukan berhampiran sempadan negara jiran, turut dibincangkan.

Menteri Komunikasi berkata, MCMC akan meneliti langkah mitigasi yang bersesuaian bersama penyedia perkhidmatan bagi mengurangkan isu perayauan, di samping terus memantau prestasi serta kualiti perkhidmatan komunikasi agar liputan internet yang stabil, berkualiti dan berdaya harap dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan sempadan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Beli tiket Raya, Gawai atau saat akhir? AirBorneo jamin harga tetap sama
Next: Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.