Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Ziarah Kasih perkukuh semangat prihatin terhadap kebajikan rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Ziarah Kasih perkukuh semangat prihatin terhadap kebajikan rakyat

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menziarahi Wahyudi Jamian di kediamannya di Kampung Hilir Laut Kabong yang kini sedang menjalani rawatan akibat jangkitan kuman. Foto ADUN Kabong

KABONG: Keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat terus menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menerusi program Ziarah Kasih yang dilaksanakan bagi menyantuni penduduk yang berdepan masalah kesihatan.

Beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin, menziarahi Wahyudi Jamian di kediamannya di Kampung Hilir Laut Kabong yang kini sedang menjalani rawatan akibat jangkitan kuman.

Kunjungan tersebut bertujuan memberikan sokongan moral kepada pesakit serta ahli keluarganya selain menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Sepanjang lawatan, Chee Kadir meluangkan masa bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatan Wahyudi serta mendengar sendiri keadaan yang dihadapi keluarga berkenaan.

Beliau turut mendoakan agar urusan rawatan dipermudahkan dan Wahyudi dikurniakan kesembuhan segera serta diberikan kekuatan untuk menghadapi tempoh pemulihan.

Pada masa sama, Chee Kadir berharap ahli keluarga terus tabah dan menjadi sumber kekuatan kepada pesakit sepanjang proses rawatan.

Menurutnya, program Ziarah Kasih akan terus dilaksanakan sebagai usaha menyemai budaya saling mengambil berat, sekali gus mengukuhkan semangat perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat di DUN Kabong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JCI Sarikei manfaat geran MRP perkasa program belia dan komuniti
Next: MBKS, DBKU digesa tingkatkan ketelusan sistem kutipan bayaran parkir digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.