Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSJKD Lawas perkukuh usaha cegah penipuan menerusi pendekatan bersemuka
  • Utara
  • WILAYAH

BSJKD Lawas perkukuh usaha cegah penipuan menerusi pendekatan bersemuka

Utusan Sarawak 5 hours ago
PROGRAM BERSEMUKA…Polis Lawas menyerahkan risalah mengenai taktik serta trend penipuan (scam) yang semakin berleluasa. Foto IPD Lawas

LAWAS: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Lawas melaksanakan program Temu Mesra Pencegahan Jenayah Komersial sebagai inisiatif turun padang bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai taktik serta trend terkini penipuan dalam talian.

Polis Daerah Lawas menerusi perkongsian di laman rasminya memaklumkan program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi itu melibatkan sesi perjumpaan dan penerangan kepada orang awam berkaitan trend jenayah komersial semasa.

Antara pengisian program ialah penerangan mengenai fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997, aplikasi Whoscall, Portal Semak Mule/CCID Check serta e-Book Jenayah Komersial.

WARGA Lawas menerima penerangan berkaitan langkah pencegahan jenayah komersial, termasuk penggunaan saluran semakan dan bantuan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian. Foto IPD Lawas

Menurutnya, seramai 27 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menerima manfaat menerusi program berkenaan yang mendapat sambutan menggalakkan dan berjalan lancar.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak mudah terpedaya dengan tawaran mencurigakan serta segera menghubungi NSRC di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Mualaf perlu kuasai pengurusan jenazah – Iskandar
Next: Lee tinjau kemajuan pembinaan Depoh Rembus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.