
SIBU: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah menerima kunjungan rasmi daripada Pengerusi Kelab Xiang Qi Lanang, Joseph Ting.
Kunjungan tersebut bertujuan mendapatkan khidmat nasihat serta panduan terperinci mengenai proses penyediaan laporan Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi kelab berkenaan.
Bagi memastikan semua dokumentasi dan pelaporan memenuhi kriteria yang ditetapkan, sesi semakan laporan telah dikendalikan oleh Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Sibu, Terence Tan.
Usaha bimbingan seperti ini mencerminkan komitmen berterusan PBSB Sibu dalam menyokong tadbir urus persatuan sukan tempatan agar sentiasa sistematik, telus dan berkesan.
Melalui inisiatif ini, komuniti sukan di Sibu diharapkan dapat memanfaatkan peruntukan yang disediakan bagi memperkasakan lagi aktiviti sukan di peringkat akar umbi.
Oleh Akun Giman