Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 33 organisasi di Daro terima geran MRP RM157,000
  • Tengah
  • WILAYAH

33 organisasi di Daro terima geran MRP RM157,000

Utusan Sarawak 16 hours ago
DR Safiee merakam kenangan bersama para penerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Daro selepas majlis penyerahan bantuan tersebut.

DARO: Sebanyak 33 organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM157,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad.

Dr Safiee berkata, daripada jumlah penerima itu, 26 merupakan Tadika KEMAS di kawasan DUN Daro, manakala tujuh lagi ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, bantuan kepada Tadika KEMAS diteruskan setiap tahun sebagai usaha memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi asas penting dalam pembangunan modal insan.

“Setiap tahun saya menyalurkan sumbangan kepada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Kali ini, tumpuan turut diberikan kepada Tadika KEMAS kerana institusi ini memainkan peranan penting dalam membentuk pendidikan anak-anak pada peringkat awal.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu mereka melaksanakan aktiviti pendidikan serta program keibubapaan yang memberi bimbingan dan dorongan kepada ibu bapa,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata, kejayaan seseorang anak dalam pendidikan bermula sejak di peringkat prasekolah dan bukannya hanya apabila melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Jika asas pendidikan di peringkat tadika kukuh, insya-Allah perjalanan pendidikan anak-anak akan berjalan dengan baik sehingga ke peringkat universiti.

“Pembangunan sesebuah masyarakat juga bergantung kepada kualiti pendidikan. Oleh itu, sektor ini perlu terus diberi perhatian,” katanya.

Dr Safiee berharap semua penerima memanfaatkan geran yang disalurkan sebaik-baiknya bagi menjayakan aktiviti dan program yang telah dirancang.

Beliau turut mengingatkan setiap penerima supaya mengemukakan laporan pelaksanaan projek serta penyata penggunaan dana kepada Pusat Khidmat DUN Daro bagi tujuan rekod dan pemantauan.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa gembira kerana pelbagai pihak termasuk JKKK kampung dan rumah panjang serta PIBG sekolah terus menerima bantuan menerusi pelbagai program yang disediakan.

Beliau turut menggesa ibu bapa agar terus memberikan kerjasama kepada pihak sekolah menengah, sekolah rendah dan Tadika KEMAS dalam usaha memperkukuh pembangunan pendidikan anak-anak.

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Pasukan petugas khas perkukuh kerjasama tangani konflik manusia-buaya di Kuching
Next: Projek jalan penghubung Batu Kawa-Stephen Yong mendahului jadual – Tan Kai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.