Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lambakan buah tempatan meriahkan Pasar Sentral Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lambakan buah tempatan meriahkan Pasar Sentral Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
BUAH-BUAHAN tempatan yang ada dijual di Pasar Sentral Sibu.

SIBU: Musim buah-buahan tempatan kini kembali memeriahkan Pasar Sentral Sibu dengan pelbagai hasil segar seperti durian, dabai, rambutan, salak, langsat serta lengeng tempatan dan longan kristal menjadi tumpuan pembeli.

Tinjauan di pasar berkenaan hari ini mendapati kebanyakan durian dan dabai yang dijual dibawa masuk dari kawasan Song dan Kanowit, sekali gus menawarkan pilihan kepada orang ramai yang ingin menikmati hasil tempatan.

Durian dijual pada harga antara RM15 hingga RM40 sebiji bergantung pada saiz dan jenis, manakala dabai pula ditawarkan pada harga serendah RM20 sekilogram.

Selain itu, lengeng tempatan dan langsat masing-masing dijual pada harga RM16 sekilogram, sementara longan kristal pula berharga RM14 sekilogram.

Bagi rambutan, harga yang ditawarkan ialah RM14 hingga RM16 sekilogram mengikut gred, manakala salak dijual antara RM12 hingga RM15 sekilogram.

Peniaga berkata, bekalan buah-buahan tempatan ketika ini adalah mencukupi dan dijangka terus bertambah sekiranya musim mengeluarkan hasil berterusan di kawasan pedalaman Sarawak.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pesta Sebauh tampil lebih besar dengan gabungan AgroFest
Next: Persiapan Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak terus diperkemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.