Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anggota bomba dan orang awam berganding bahu bantu tambah bekalan darah
  • Tengah
  • WILAYAH

Anggota bomba dan orang awam berganding bahu bantu tambah bekalan darah

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANTARA yang hadir menderma darah di bilik kuliah BBP Sarikei, baru-baru ini. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Semangat prihatin dan kesukarelawanan terus terserlah apabila anggota bomba dan orang awam berganding bahu menjayakan Program Derma Darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah Hospital Sarikei untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, program anjuran Unit Tabung Darah Hospital Sarikei dengan kerjasama BBP Sarikei berjaya menarik penyertaan seramai 19 penderma.

Katanya, daripada jumlah tersebut, tujuh penderma terdiri daripada anggota bomba, manakala 12 lagi ialah orang awam yang tampil secara sukarela menyokong inisiatif tersebut.

“Program derma darah di bilik kuliah BBP Sarikei ini bukan sahaja membantu menambah bekalan darah di Hospital Sarikei, malah menjadi platform memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah sebagai satu amalan mulia dan tanggungjawab sosial.

“Setiap beg darah yang didermakan berpotensi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan atau pemindahan darah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kerjasama antara BBP Sarikei dan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menjayakan program kemasyarakatan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

“Penyertaan anggota bomba bersama orang awam mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyokong usaha memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan rawatan pesakit.

“Pihak kami akan terus menyokong penganjuran program seumpama ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial jabatan, selain menggalakkan lebih ramai individu tampil menjadi penderma darah secara berkala,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah akan terus dipupuk agar lebih ramai tampil menghulurkan sumbangan yang mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Anak Sarawak jangan lalai dengan lambakan bantuan yang dihulurkan kerajaan Sarawak
Next: Geran MRP RM12,000 perkasa program komuniti GRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.