Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sebauh Agrofest 2026 kembali, fokus perkasa sektor pertanian tempatan
  • Utara
  • WILAYAH

Sebauh Agrofest 2026 kembali, fokus perkasa sektor pertanian tempatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
POSTER dan atur cara program Sebauh Agrofest 2026.

SEBAUH: Jabatan Pertanian Sarawak menjemput orang ramai untuk memeriahkan Sebauh Agrofest 2026 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Julai di Lot Tempat Letak Kereta BDA, Pekan Sebauh, dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Festival bertemakan “Inovasi Pertanian untuk Keselamatan Makanan” itu bertujuan mempromosikan sektor pertanian, memperkasakan usahawan tani tempatan serta mengetengahkan produk agro keluaran Sarawak kepada masyarakat.

Antara tarikan utama yang bakal berlangsung ialah jualan Agro Sarawakku Sayang oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pameran dan jualan produk pertanian tempatan, Dapur Sebauh yang menawarkan pelbagai juadah istimewa, Larian Santai Sebauh Agrofest, pertandingan memancing udang dan kasam ikan tapah serta kursus membuat baja organik.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan pertandingan mewarna dan gubahan kuih tradisional, pertandingan Kumpulan Muzik (Battle of the Band), pentas akhir Suara Sebauh (The Voice of Sebauh) serta persembahan artis tempatan yang dijangka memeriahkan suasana festival.

Penganjur turut menyediakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik selain Majlis Perasmian dan Majlis Penutupan Sebauh Agrofest 2026 yang menjadi acara kemuncak sepanjang penganjuran.

Orang ramai disaran merancang lawatan mengikut jadual program yang disediakan bagi memastikan tidak terlepas pelbagai aktiviti sepanjang festival berlangsung.

Penganjuran Sebauh Agrofest 2026 diharap dapat menjadi platform memperkukuh industri pertanian tempatan, meningkatkan pendapatan usahawan agro serta menggalakkan masyarakat menyokong produk keluaran Sarawak di samping menikmati suasana festival yang meriah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UPMS terus harumkan nama universiti, muncul naib johan FTLA ke-36 Zon Utara
Next: Belia beralih dari skrin ke aktiviti luar, sertai perkhemahan belajar ikhtiar hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.