Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letusan abu Gunung Etna ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Catania
  • GLOBAL

Letusan abu Gunung Etna ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Catania

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR yang diambil pada 5 Julai 2026 menunjukkan asap naik dari kawah semasa letusan. Foto Bernama.

ROM: Penerbangan di Lapangan Terbang Catania di Sicily terjejas berikutan letusan abu dalam jumlah besar dari Gunung Etna, menurut syarikat pengendali lapangan terbang SAC pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

SAC memaklumkan ruang udara di kawasan yang terjejas akibat awan abu ditutup sehingga 7.00 malam (1.00 pagi waktu Malaysia). Lapangan terbang itu turut memaklumkan bahawa sehingga sekitar 9.00 malam (9.00 pagi waktu Malaysia), hanya lima penerbangan sejam dibenarkan mendarat.

Syarikat pengendali itu menasihati penumpang supaya menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum berlepas ke lapangan terbang.

Menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV), Gunung Etna mula memuntahkan abu pada awal pagi semalam.

Aktiviti itu kemudian semakin meningkat, menghasilkan awan abu yang menjulang sekitar 1.5 kilometer di atas puncak gunung. INGV berkata awan abu itu dijangka bergerak ke arah selatan dalam tempoh beberapa jam akan datang. Bandar Catania terletak di selatan Gunung Etna.

Laman sesawang Lapangan Terbang Catania menunjukkan beberapa penerbangan dibatalkan, manakala sebahagian lagi ditangguhkan atau dilencongkan ke Palermo. – Bernama

Continue Reading

Previous: Korea Selatan lancar satelit cerapan Bumi bersaiz sederhana keempat
Next: 25 maut, puluhan cedera dalam pergaduhan di penjara Sri Lanka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.