Chong kurang setuju keputusan kerajaan

Facebook
WhatsApp

CONNIE CHIENG

KUCHING: Bank tidak sepatutnya mengenakan faedah berikutan moratorium enam bulan bagi pembayaran balik pinjaman.

Menurut Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, keputusan kerajaan berkenaan dengan moratorium tersebut tanpa pengabaian faedah bank tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sektor perniagaan dan peminjam kerana ia cuma melanjutkan tempoh bayaran kepada enam bulan kemudian.

Chong berkata, bank sepatutnya mengabaikan faedah pinjaman untuk kategori seperti pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan berjumlah RM5,000,000 dan ke bawah dan semua pinjaman sewa beli kereta dan motosikal kerana semua sektor perniagaan amat terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Sekiranya, faedah ini masih dikenakan, maka ia cuma akan memanfaatkan pihak bank dan moratorium enam bulan ini cuma menjejaskan kecairan bank tanpa menjejaskan keuntungan mereka.

Chong berkata, memang bukan merupakan satu masalah kepada pihak bank untuk tidak mengenakan faedah ini kepada para peminjam.

“Jadi, kerajaan seharusnya mengutamakan kebajikan orang ramai dan bukannya segelintir pemegang saham bank,” kata Chong.

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 2 November: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas,

Sejarah penerbitan Sarawak Gazette

PERKEMBANGAN dalam bidang persuratkhabaran telah lama wujud di dunia. Zaman Rom misalnya telah ada bentuk-bentuk awal persuratkhabaran dengan munculnya ActaDiurna