Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia: Kedutaan AS di Mexico gesa rakyatnya berwaspada menjelang perlawanan Mexico-England
  • SUKAN

Piala Dunia: Kedutaan AS di Mexico gesa rakyatnya berwaspada menjelang perlawanan Mexico-England

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto janaan AI

MEXICO: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bandar Mexico menggesa rakyatnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga menjelang perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA antara Mexico dan England di Stadium Azteca, Mexico pada pagi esok.

Perlawanan itu dijadualkan bermula pada 8.00 pagi (waktu Malaysia).

Orang ramai dijangka membanjiri ibu negara serta lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara. Kedutaan AS memberi amaran bahawa lokasi tayangan skrin besar sebelum ini menyaksikan insiden kecederaan dan kematian akibat kesesakan orang ramai.

Kedutaan itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya demonstrasi.

“Ambil langkah berjaga-jaga tambahan dan sentiasa peka terhadap persekitaran,” menurut kedutaan itu kepada rakyat AS di Mexico dalam satu kenyataan.

Di bawah undang-undang Mexico, warga asing tidak dibenarkan menyertai demonstrasi politik. Pelanggaran terhadap peraturan itu boleh menyebabkan seseorang ditahan atau diusir. – Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: England diuji Mexico, Norway sedia kejut Brazil
Next: Pasukan Piala Dunia Switzerland jadi sasaran komen kebencian di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.